Followers

Sunday, January 29, 2012

Dialog Cinta Ukhti & Akhi



Ukhti : saya tidak layak untuk awak.


Akhi : Kenapa?

Ukhti : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Akhi : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Ukhti: awak pintar, awak ada banyak peminat.

Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ukhti : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Ukhti : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Ukhti : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.

Ukhti : Awak terlalu sempurna.

Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi )

Friday, January 27, 2012

~ saat lafaz sakinah bermula ~

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Tuesday, January 17, 2012

R..I..N..D..U



R.I.N.D.U..
Hati ini semakin diburu rasa R.I.N.D.U
Hati ini semakin kuat melangkah
Hati ini semakin deras mencari jalan
Bersandar DOA kepada ALLAH

R.I.N.D.U..
Akan suasana semalam

Akan mereka disisiku kelmarin
Akan kemesran tercipta
Akan keletah kawan-kawan
Akan insan yang banyak berjasa

R.I.N.D.U..
Akan kedamaian yang pernah singgah
Kebahagiaan yang pernah lalui

Kini,,,
Aku terlalu rindu pada semua itu..
MAKA..
Kugagahkan diri untuk terus melangkah
Harung apa yang terbentang di hadapan
Dengan penuh hikmah
INSYA ALLAH...

Ku pohon doa...
Agar sentiasa dibawah perlindunganMU
YA ALLAH...