Followers

Tuesday, September 4, 2012

LaYakkaah!! letaklah cinta ,kasih dan sayang pd tempatNya.

 Jangan sebut ..
'saya sayang dia krn ALLAH..'
 
Jangan kata ..
'saya rindu dia krn ALLAH..'
 Ya Allah aku ingin kan si dia yg mampu menjagaku sebagaiman Kau menjagaku dan dia mampu menjamin dan membantu ku ke SyuraMu..Ya Allah....Allahurobbi.

Siapa yang ajar kamu untuk berkata begitu ?

selagi TIADA ikatan yg sah, tak perlu luahkan rasa sayang dan rindu pada orang lain seolah2 hubungan itu diredhai ALLAH. Sekiranya tiada jodoh dgn dia, bagaimana???

ucapan SAYANG dan RINDU seeloknya hanya ditujukan utk ALLAH, RASUL dan IBU BAPA kita.

Orang yang tinggi mana pun ilmu agamanya , jika iman tak kuat, pasti akan terjunam juga ke kancah maksiat. Syaitan memang licik! Jadi berhati2 lah wahai sahabat..

''peringatan untuk diri ku juga.."

Sunday, August 26, 2012

perasan tau tidak..mehh check semula :D

Perasan Tak?
  Perasan x?  

...duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN X?

 ...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN X?
 ...betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN X?
 ...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN X?
 ...betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

PERASAN X?
 ...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

PERASAN X?
 ...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Wednesday, August 8, 2012

Wanita Soleha.. [insyaallah one day]



Wanita Solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan Di dunia ini,.....


keayuan wanita solehah itu, bukan pada kecantikan wajahnya,

kemanisan wanita solehah, bukan pada kemanjaannya,

daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan godaannya.

dan bukan pula pada kebijaksanaannya bermain kata pujukan,

kepetahan wanita solehah, bukan dalam memperkatakan perihal orang lain,tapi


Pada Perjuangannya Meningkatkan Maratabat
 AGAMA..

Friday, July 6, 2012

HaKiKat..

>> Jika kamu berkawan(BERCOUPLE) 20tahun sekalipun, kamu TIDAK AKAN KENAL dia..yang kamu kenal adalah LAKONANNYA..

Maka, adalah LEBIH BAIK..BERSEGERALAH DALAM PERNIKAHAN dengan pasangan untuk tujuan berkenalan dengan sebenar-benarnya..dalam perkenalan, kita sebenarnya MENGENAL SEORANG LELAKI, tetapi BUKAN SEORANG SUAMI..dan jika kita berkenalan atau bercouple sebelum bernikah, SYAITAN akan JADIKAN MODEL PENTING untuk MEROSAKKAN HUBUNGAN PASANGAN tersebut..♥♥

  # mari bermuhasabh bersama..
** ummi bagi komen positive..
alhamdulillah

Sunday, June 24, 2012

Doa Untukmu Wahai "adam" Ku...???




Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi 
Maha Pengasih...
... 
Ya Allah, Ya Rahman, Ya 
Rahim, Kau ampunilah dosa-
dosa yang telah ana lakukan...

Kau limpahkanlah ana dengan
kesabaran yang tiada terbatas...

Kau berikanlah ana kekuatan mental
dan fizikal. Kau kurniakanlah ana
sifat keredhaan. Kau peliharalah
lidah ana dari kata-kata nista...

Kau kuatkanlah semangat ana
menempuh segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah ana sifat kasih
sesama insan

Sekiranya adam-Mu ini adalah
pilihan Mu, berikanlah ana
kekuatan dan keyakinan untuk 
terus bersamanya...

Sekiranya Adam-Mu ini adalah
pilihan-Mu
kurniakanlah sifat kasih dan
redha atas segala perbuatannya...

Sekiranya Adam-Mu ini adalah
yang terbaik untukku didunia-Mu,
peliharalah tingkah laku serta
kata-kata ana dari menyakiti 
perasaannya...

Sekiranya adam-Mu ini jodoh 
yang dirahmati oleh-Mu, maka
berilah ana kesabaran untuk menghadapi 
segala karenah dan ragamnya...

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya Adam-Mu ini ditakdirkan
bukan untuk ana, Kau berilah peluang
ini kepada kami sekali, mengharungi
nikmat cinta sebenar atas dasar
cinta kepada agama-Mu...

Ya Allah...
Sekiranya Adam-Mu ini tergoda
dengan keindahan dunia-Mu,
limpahkanlah ana kesabaran untuk
terus membimbingnya...

Sekiranya Adam-Mu ini tunduk
terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakanlah ana kekuatan-Mu
untuk ana memperbetulkan keadaannya...

Sekiranya Adam-Mu ini menyintai
kesesatan, Kau pilihlah ana untuk
menarik dirinya keluar dari terus 
terlena...
Ya Allah...
Kau juga Yang Maha Mengampuni
segala kesilapan dan keterlanjuran...
Ampunilah dia...(???)

Kau Yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik untuk ana...
Sekiranya ana tersilap membuat
keputusan, bimbinglah ana ke
jalan yang Engkau redhai...

Sekiranya ana ingkar dan derhaka,
berikanlah ana petunjuk ke arah
rahmat-Mu...


Ya Allah...
Sesungguhnya ana lemah tanpa
petunjuk-Mu, ana buta tanpa
cinta-Mu, ana cacat tanpa hidayah-
Mu, ana hina tanpa rahmat-Mu...

Ya Allah...
Kau kuatkanlah hati dan semangatku...
Tabahkanlah ana menghadapi segala
cubaan-Mu...Jadikan ana Hawa yang
disenangi oleh Adam-Mu ini...

Hanya pada-Mu Ya Allah ana pohon
segala harapan...

Kerana ana pasrah akan ujian-Mu...
Kerana ana sedar hinanya ana...
Kerana ana insan lemah yang kerap
keliru...
Kerana ana lalai dengan keindahan
dunia-Mu...
Kerana kurang kesabaran ana 
menharungi cabaran-Mu...
Dan 
Kerana pendek akal ana mengharungi
ujian-Mu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ana hanya ingin menjadi HAWA yang
dirahmati...
HAWA yang dikasihi...
HAWA yang solehah...
HAWA yang dicari...
HAWA yang sentiasa dihari Adam-Mu
ini...

Dengarkanlah doa ana...
Perkenankanlah permintaan ana..
ana mohon pada-Mu...
Ya Allah...

Amin...Amin...Amin...
Ya Rabbal a'alamin...

Monday, May 14, 2012

Temuilah baba wa abi saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.


Aku : saya tidak layak untuk awak.
Kau : Kenapa?
Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.
Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan   pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.
Aku : Awak terlalu sempurna.
Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta. .

PERINGATAN !!

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ). . Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

Tuesday, April 3, 2012

Dari Sang Adam untuk Hawanya..

bismillah.

"Kepada bakal isteriku, ini niqab, buat masa sekarang beli dulu sendiri. Nanti tiba masanya akan ku belikan untukmu dan akan ku redha kamu mengenakannya selalu. Jaga diri baik-baik. Jadi hamba Allah yang solehah. 


Jangan tunggu dipimpin olehku baru mahu berubah ke arah kebaikan. Belajar untuk pimpin diri sendiri terlebih dahulu. Bagaimana kelak mahu memimpin anak-anakku jika dirimu sendiri tidak boleh dipimpin.

Jika menunggu aku yang memimpin, maka kelak kamu akan menjadi soleh padaku bukan pada Tuhanku. Kelak aku mati, kamu akan kembali derhaka kepada Tuhanku, mintak dijauhkan."

~ masyaAllah :') so sweet.. suara sang Adam pada bakal isterinya.. semoga ramai kalangan kaum Adam spt ini.. yg prihatin dan kasih terhadap Hawa..

INGATlah duhai akhi wa ukhti, kelak di akhirat apa jua yg kita miliki di muka bumi ini akan ditanya dan dipertanggungjawabkn semula kpd kita... jgn sia2kan apa jua jenis NIKMAT yg Allah berikan.. terutama sekali AKAL yg sihat.. FIKIR selalu akan ummat, agama.. ikram! ikram ya akhi wa ukhti..

salam Mahabbah ♥
 
 

Sunday, April 1, 2012

jenis muslimin....

Wahai MUSLIMAH...

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..! (◕‿◕✿)..


Monday, March 5, 2012

 
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin. :)
 

Thursday, March 1, 2012

Soalan yg akan ditanya untuk bakal Zauj saya..

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."


1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
 
 
** bersiap sedialah yea..sediakan jawapan yg   bernas. **

Tuesday, February 21, 2012



Sering kali kita lupa untuk bersyukur pada yang Maha Esa. Banyak perkara yang sepatutnya kita syukuri, tapi kita lupa. Disaat kita mengeluh kerana makanan yang kita makan tidak seperti yang kita inginkan. Tetapi sedarkah kita bahawa ada insan lain yang hanya mengalas perut dengan secawan air kosong. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Ingat janji Allah SWT, barang siapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah SWT akan tambah lagi nikmat itu. Sebaliknya, barang siapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah SWT amatlah pedih.

Sunday, February 19, 2012

ap yang ku cari...

♥ Yg dcari bkn putera raja,tp biarlah putera agama..
♥ Yg diimpi biarlah tak punya rupa,asal sdp dipandang mata..
♥ Yg dinilai bkn smpurna sifat jasmani,asalkn sihat rohani sempurna hati..
♥ yg dharap bkn jihad pd smgat,asal perjuangan pada matlamat..
♥ Yg dinanti bkn lamaran dgn permata,ckup akad dan janji setia..
♥ Dan apa yg terjadi..andai tak sama khendak hati..hamba redha ktetapan ILLAHI
♥ Ya Allah..Semoga aku dan dia istiqamah dijalanMu.. ♥
...amin..amin..amin..
 
 
**"Ya Allah,kau jadikanlah aku sbahagian dripada golongan wanita solehah dan kurniakanlah aku pndamping yg mencintaiMu.." (^^,) ♥ ! **


Friday, February 17, 2012

Bila kau mau cintaku…Carilah dulu cinta Allah..
Bila kau mau rinduku..Rindulah dulu Allah dan Rasul-Nya
Bila kau mau sayangku..Sayangilah dulu agamamu lebih dari diriku..
Bila sayang diriku..jauhilah aku sebelum masanya..
Bila ikhlas dengan diriku…jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..
Bila cintamu sejati untuk ku..cintailah aku karena Allah..
Bila pilihanmu aku..pilihlah karena agamaku..bukan yang lain..
Bila setiamu padaku..setialah karena untuk mendapat ridha Allah..
Bila kau mau peliharaku..peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..Bila Allah tentukan aku milikmu..Aku tetap milikmu..Yakinlah..Bila Allah tentukan aku bukan milikmu..Itu yang terbaik untukmu..Ketahuilah..
diriku juga mencintaimu..suntinglah diriku dengan cara yang baik dan pada waktunya.
  >> Saling MEMBIMBING dan memerlukan untuk meraih SYURGA..itulah yang  sebaik-baiknya..<<
 

Tuesday, February 7, 2012

Doa buat bakal zauj ku..


Ya ALLAH....
Andai dia resah..tenangkanlah hatinya dengan teduhan makrifahMU...
Andai dia terancam....lindungilah jasadnya dengan kebesaranMU...
Andai tubuhnya kedinginan...selimutkanlah dia dengan kehangatan kasih sayangMU...
Andai dirinya merindu...rindukanlah jiwanya dengan saat bertemuMU...

Ya ALLAH...
Jangan KAU biarkan hatinya, jiwanya dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi...
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujudnya ketika menghadapMU....
Berikanlah kejayaan padanye di duniaMU....juga di akhiratMU kelak...
Semoga kita akan dipertemukan dan hidup bahagia selamanya....
Amin..Amin...Amin...YA ALLAH....

 Ya ALLAH..Yang Maha Mengetahui.....
Siapapun lelaki yang telah KAU takdirkan untuk menjadi suamiku...

KAU ampunilah dosanya, kau berkati dan rahmatilah hidupnya..kau sihatkan tubuh badannya...
Kau kasihanilah dia..berilah dia petunjuk dan hidayah..KAU pelihara dan jagalah hatinya daripada kemurkaanMU...KAU bimbinglah dia, tunjukkanlah dia jalan yang lurus...
KAU permudahkan lah setiap urusan dunianya..dan jangan lah KAU lalaikan dia dari urusan akhiratnya..






YA ALLAH....
KAU jadikanlah dia anak yang soleh, suami yang soleh agar dia dapat membimbing aku ke jalan yang KAU redhai....
 
YA ALLAH.....
Sampaikanlah salam rinduku ini pada bakal suamiku, agar aku sentiasa menjadi kerinduaannya...
 
YA ALLAH.....
andai bukan takdirMU kami bertemu di dunia..maka temukanlah kami di syurgaMU...
Amin..amin..amin YA RABB....

Sunday, February 5, 2012



.•❤•..Hatiku terpikat padanya kerana DEEN (agama)  yang ada pada dirinya, hingga ia terpancar pada TINGKAH LAKU dan PERIBADINYA lalu menarik perhatian jiwa ini untuk MENDEKATINYA..Namun hakikat HASRAT itu akhirnya terpaksa DILUPAKAN selama-lamanya, kerana mungkin ini sekadar UJIAN untuk hatiku dan DUGAAN untuk jiwaku..¸.•❤•

~ ~ya ALLAH.. ~ ~
:: Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya,
:: tidak membawa KEBAIKKAN padanya,
:: maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

~ ~ Ya Allah. ~ ~
 ::Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya..
::maka Kau jauhkanlah aku darinya..

 **Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA…**


##  Ya Allah bantu la aq yg sdg kusut dabn bersedih  nie...Fatin syahirah sudah tidak  mampu untuk menanggung segala beban ini...wahai sahabat doalah agar sentiasa peroleh ketenangan..jalan terbaik adalah sntiasa bersama DIA dlm mencari jalan penyelesaian##





✿>> Saya tidak ada masa nak berkenalan dan bercinta..semua hanya sekadar kawan, maafkan saya..apabila melihat dirimu bahagia, saya turut menumpang bersama, terima kasih..ingatlah kamu akan JANJI Ilahi :

"Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya..tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU.."

>>> Apabila hati terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..tiada yang
menyakitkan, tiada pula yang menakutkan..dan tiada yang kesepian kerana Dia sentiasa MEMERHATI..(◠‿◠✿


 ~✿..Tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA, tidak mengungkap JANJI, tidak bermadah CINTA, cukuplah kata MENGINGAT Allah, cukuplah NASIHAT serta TEGURAN, cukuplah aku tahu dirimu punya AGAMA dan IMAN..soal HATI dan PERASAAN biar masa menentukan..hati kita Allah yang PUNYA, hati kita Allah yang JAGA..BERDOALAH kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama, pasti Allah PERMUDAHKAN JALANNYA..✿~

>>> Dia sudah BAHAGIA..mungkinkah KEHADIRANKU akan membuatkan dirinya LEBIH BAHAGIA..Allah, terima kasih di atas "PERTEMUAN" itu..(✿◠‿◠)




JANGAN PERNAH JAUH DARI ALLAH

                        
                      >> JANGAN PERNAH JAUH DARI ALLAH <<

Terasa bagai Allah tidak mendengar rintihannya..
Terasa seolah-olah Allah benci kepada Dia..
Terasa Allah meluat dan jemu mendengar doanya.
DAN dia hampir putus asa.

~✿..Hati yang KOTOR dengan perbuatan tuan badan sendiri akan mengakibatkan CAHAYA HIDAYAH tidak dapat menyentuh hati..apalagi untuk memasukinya, dek kerana kotoran didalam hati itu, maka TIADA RUANG lagi hidayah untuk bermukim..memang betul, yang memberikan hidayah kepada Allah SWT itu adalah seseorang..dan insyaAllah, Allah akan memberikan kepada orang-orang yang BERUSAHA untuk itu..PERSOALANNYA, mengapa kurangnya membuatkan diri TERSENTUH dengan perkara yang berkaitan denganNya? Kurang atau tidak pernah MEMOHON AMPUN, merendahkan diri dengan SUJUD kepadaNya..dan ingatlah..sesungguhnya, Allah sentiasa BERSAMA kita..✿~

>>> Dengan MERENDAHKAN diri dan jiwa, PANDANGLAH ke langit..adakah terasa Allah begitu JAUH? Tidak..Allah tidak pernah jauh! Jangan pernah merasa jauh daripada Allah, kerana Allah ada DEKAT dengan kita.Dia selalu MENGAWASI kita..♥♥♥