Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasih...
...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya
Rahim, Kau ampunilah dosa-
dosa yang telah ana lakukan...
Kau limpahkanlah ana dengan
kesabaran yang tiada terbatas...
Kau berikanlah ana kekuatan mental
dan fizikal. Kau kurniakanlah ana
sifat keredhaan. Kau peliharalah
lidah ana dari kata-kata nista...
Kau kuatkanlah semangat ana
menempuh segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah ana sifat kasih
sesama insan
Sekiranya adam-Mu ini adalah
pilihan Mu, berikanlah ana
kekuatan dan keyakinan untuk
terus bersamanya...
Sekiranya Adam-Mu ini adalah
pilihan-Mu
kurniakanlah sifat kasih dan
redha atas segala perbuatannya...
Sekiranya Adam-Mu ini adalah
yang terbaik untukku didunia-Mu,
peliharalah tingkah laku serta
kata-kata ana dari menyakiti
perasaannya...
Sekiranya adam-Mu ini jodoh
yang dirahmati oleh-Mu, maka
berilah ana kesabaran untuk menghadapi
segala karenah dan ragamnya...
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya Adam-Mu ini ditakdirkan
bukan untuk ana, Kau berilah peluang
ini kepada kami sekali, mengharungi
nikmat cinta sebenar atas dasar
cinta kepada agama-Mu...
Ya Allah...
Sekiranya Adam-Mu ini tergoda
dengan keindahan dunia-Mu,
limpahkanlah ana kesabaran untuk
terus membimbingnya...
Sekiranya Adam-Mu ini tunduk
terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakanlah ana kekuatan-Mu
untuk ana memperbetulkan keadaannya...
Sekiranya Adam-Mu ini menyintai
kesesatan, Kau pilihlah ana untuk
menarik dirinya keluar dari terus
terlena...
Ya Allah...
Kau juga Yang Maha Mengampuni
segala kesilapan dan keterlanjuran...
Ampunilah dia...(???)
Kau Yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik untuk ana...
Sekiranya ana tersilap membuat
keputusan, bimbinglah ana ke
jalan yang Engkau redhai...
Sekiranya ana ingkar dan derhaka,
berikanlah ana petunjuk ke arah
rahmat-Mu...
Ya Allah...
Sesungguhnya ana lemah tanpa
petunjuk-Mu, ana buta tanpa
cinta-Mu, ana cacat tanpa hidayah-
Mu, ana hina tanpa rahmat-Mu...
Ya Allah...
Kau kuatkanlah hati dan semangatku...
Tabahkanlah ana menghadapi segala
cubaan-Mu...Jadikan ana Hawa yang
disenangi oleh Adam-Mu ini...
Hanya pada-Mu Ya Allah ana pohon
segala harapan...
Kerana ana pasrah akan ujian-Mu...
Kerana ana sedar hinanya ana...
Kerana ana insan lemah yang kerap
keliru...
Kerana ana lalai dengan keindahan
dunia-Mu...
Kerana kurang kesabaran ana
menharungi cabaran-Mu...
Dan
Kerana pendek akal ana mengharungi
ujian-Mu...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Ana hanya ingin menjadi HAWA yang
dirahmati...
HAWA yang dikasihi...
HAWA yang solehah...
HAWA yang dicari...
HAWA yang sentiasa dihari Adam-Mu
ini...
Dengarkanlah doa ana...
Perkenankanlah permintaan ana..
ana mohon pada-Mu...
Ya Allah...
Amin...Amin...Amin...
Ya Rabbal a'alamin...